KATA KATA ALUAN |
|
Jawatankuasa pengerusan bershukur kehadrat Allah S.W.T dengan lempah kurnia dan taufik hidayahNya sebuah rumah anak anak yatim dan miskin yang dengan nama KEDIAMAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NUR KASIH telah pun berjaya di tubuhkan.Rumah anak yatim dan miskin ini adalah dibawah pengerusan dan naungan PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR KASIH TAIPING. |
|
Pada masa ini,bilangan anak anak yatim dan miskin yang tinggal dirumah ini adalah seramai 20 orang dan bilangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.Segala pengerusan,pentadbiran dan perbelanjaan anak anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR KASIH TAIPING. |
|
Pihak jawatankuasa amat berharap agar penderma penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit,makanan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada anak anak yatim dan miskin. |
|
Buat masa ini sumber kewangan untuk tujuan ini adalah semata mata dari derma yang diterima dari dermawan dermawan yang budiman.Pihak jawatankuasa amat mengalu alukan sebarangan bentuk sumbanagn kearah menjayakan hasrat murni ini.Semoga Allah S.W.T memberi taufik dan hidayahnya kepada dermawan sekalian. |
|
Wabillahhitaufik Wassalam. |
|
|
Zulkepely bin Othman
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Taiping
Taiping,Perak D.R |
|
|